Saturday 14 January 2017

Budaya sosial kita perlu diubah.. bermula dengan golongan ibu bapa dan golongan dewasa, budaya social pergaulan antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram sangat-sangat perlu diubah..

dengan irat muka yang cemas kita melahirkan rasa insaf dengan statistic kes zina, anak luar nikah, pergaulan bebas dan lain-lain.. apa erti refleksi muka atau bahasa badan andai kita tidak mengambil apa-apa tindakan.. yg kita mampu atas kemampuan peribadi.. kita perlu melaung kerajaan dan badan berkenaan perlu mengambil langkah drastic, namum laungan ini tak mengecualikan kita dari tak perlu berbuat apa-apa...

teguran ini khusus saya tujukan untuk diri sendiri, dan keluarga terdekat.. dan secara am untuk kawan-kawan dan masyarakat.. demi agama dan anak bangsa.. dan lebih penting lagi, demi kehidupan yang kekal abadi, dan demi keredhaan Illahi bila kita berdepan dengan Nya di sana...

bilakah esok.. budaya kita akan dapat dibanggakan..

Monday 9 January 2017



melalui banyak cara kita belajar..

alhamdulillah.. sepanjang aku belajar di zaman remaja dulu, boleh la dikatakan aku tak pernah gagal.. dari sekolah rendah ke sekolah menengah, selanjutkan ke matrikulasi dan ke university.. dilaluan yang begini, kita mungkin tak boleh faham apa yang dimaksudkan dengan 'struggle' atau 'tak paham subject' atau 'subject memang susah' yang akhirnya menemui kegagalan dalam study...

namun, alhamdulillah jugak.. semenjak 'kembali' ke status pelajar sepenuh masa, aku mula paham apa yang sebelumnya aku susah nak faham.. struggle, tak paham dan seumpamanya mula menjadi sebahagian dari kamus dalam dunia harian aku..

aku boleh bagi alasan yang diusia aku sekarang ni memang maklum untuk belajar secara sepenuh masa bukan mudah.. banyak perkara yang boleh menjadi halangan.. natijahnya aku struggle dalam study.. markah periksa cukup2 makan walaupun lulus..

tapi seperkara penting yang aku belajar.. yang dikatakan struggle atau tidak paham, atau subject susah dan lain-lain sebenarnya, realitinya, tidak sebegitu.. dalam pembelajaran, dan di kemudian harinya, dalam kehidupan, kesusahan yang terjadi realitinya berpunca dari diri sendiri..

andai dilebihkan masa untuk belajar, diberi tumpuan dengan kadar yang sepatutnya, dan di tanya dan dibincang perkara-perkara yang susah dan tidak difahami, rasanya tidak akan ada perkara yang benar-benar susah yang tak dapat diatasi..

pernah aku nasihat kawan-kawan seangkatan yang 'kita tidak tahu potensi kita yang sebenar sehinggalah kita lakukan perkara yang kita tidak pasti.. kemudian barulah kita tahu potensi kita yang sebenar..'

hari ini aku menambah 'kita lakukan perkara yang kita tak pasti, dan kita akan temui potensi kita yang kita tak pernah sedari.. yang sebenarnya tiada penghujung..'

bilakah esok... agar yang berulang hanya yang bertambah baik.. 

Sunday 1 January 2017

aduhai golongan dewasa..

setiap kali kita memerhati dan merasa gusar dengan tingkah laku remaja - secara general, dan mungkin immediate ke tingkah laku anak-anak - secara specific, terfikirkah kita yang sebenarnya dia adalah reflexsi masyarakat secara am dan refleksi diri sendiri secara khusus...

bilakah esok...

kita menegur anak yang tidur lewat malam, kita tidur jam 2 pagi sbb EPL, kita tidur jam 3 pagi sbb 'discussion' dgn kawan2.. di kedai mamak or worst case di kelab2 malam..

kita tegur anak addicted dgn video game dan handphone, namun kita sediakan astro, CD segala movie, dulunya mungkin play station dan pelbagai, dan in fact, handphone tu kita yg belikan utk dia.. segala 'kemudahan' yang kita sediakan dengan tidak pernah sama sekali kita berikan guideline dan syarat patuh pakai.. selepas anak2 atau remaja ter'biasa' dengan segala kemudahan tersebut, kita jatuhkan hukum yg mereka telah 'rosak' dan leka dengan kemudahan2 itu..

dan perbincangan sentiasa ke atas anak2 dan remaja - sebagai pelapis masa depan.. bagaimana hendak mendidik mereka menjadi generasi hebat.. bagaimana untuk menangani masalah mereka... tapi, BAGAIMANA perbincangan mengenai KITA??

di usia dewasa, kita telah lupa untuk menuntut ILMU.. kita claim kita ada banyak benda yang perlu kita pikir dan tak mampu utk guna otak utk menuntut ilmu lagi.. kita claim, kita takpe sbb kita dah boleh berpikir dan telah dewasa, jadi perkara 'leka' atau 'addicted' bukan lagi sebahagian dari bahasa dalam kamus kita... lagi pun, kita dah pun ada ijazah.. atau sijil..

jadi lah kita, dalam sedar tak sedar, golongan yg sepatutnya di tegur terlebih dahulu dari anak2 dan remaja.. atau paling tidak, golongan yg perlu ditegur sama level nya dengan anak2 dan remaja...

Bilakah esok... untuk semua sama2 mengembeling tenaga menyelesaikan masalah ini.. untuk MENGAKUI 'kita' ada issue yang perlu kita pikir..

Bilakah esok.. yang kita dapat menumpukan perhatian untuk menjadi golongan 'MENCIPTA' dan bukan 'MENGGUNA'... menjadi golongan 'MAINTAIN dan BINA' dan bukan sekadar golongan 'DISCOVER dan REPAIR'..

Bilakah esok...

Thursday 29 December 2016

sekadar untuk merekodkan fikiran harian yang terlintas tatkala memikir atau menghadapi cabaran kehidupan harian.. catatan secara santai.. bersahaja.. tiada kaedah... bahasa rasmi dan jalanan... dan berbagai bahasa...

mungkin akan dimulakan dengan... Bilakah Esok...